twitter
rss

BM - SLAID JALUR GEMILANG

Murid-murid boleh belajar warna-warna yang ada pada Jalur Gemilang. 



Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup
     Tumbuhan dan haiwan adalah benda hidup. Benda hidup memerlukan makanan dan minuman.Tanpa makanan dan minuman benda hidup akan mati. Benda hidup bernafas, bergerak dan membiak. Benda hidup juga melalui proses tumbesaran.
    Benda bukan hidup adalah benda yang tidak pernah mengalami proses hidup.Benda bukan hidup tidak memerlukan makanan dan minuman. Benda bukan hidup tidak bernafas,tidak bergerak dan tidak membiak. Benda bukan hidup juga tidak melalui proses tumbesaran.




KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif.

Jenis Kata Adjektif
1. Kata adjektif sifatan / keadaan
Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin, garang, buas, condong

2. Kata Adjektif Warna
Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu

3. Kata Adjektif Ukuran
Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil

4. Kata Adjektif Bentuk
Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok

5. Kata Adjektif Jarak
Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris

6. Kata Adjektif Waktu
Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu,

7. Kata Adjektif Perasaan
Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu

8. Kata Adjektif Cara
Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering

9. Kata Adjektif Pancaindera
Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam, nyaring, gemersik

1. Suku Kata Terbuka

Murid-murid tahun 1 boleh belajar suka kata terbuka  
ba  bi  bbe   bo  be
ca  ccce  co  ce
fa   fi   fu   fe   fo   fe
gggge   go  ge 
dan cuba membaca perkataan-perkataan yang mengandungi suku kata itu.





2. Suku Kata Terbuka (sambungan)
Murid-murid tahun 1 boleh belajar suka kata terbuka  
hhhhe   ho  he
ja   ji   ju   je   jo   je
la   li   lu   l    lo   le 
dan cuba membaca perkataan-perkataan yang mengandungi suku kata itu.

 


3. Cerita Sang Kancil dan Buaya
Bolehlah kanak-kanak menonton video ini untuk berehat sebentar.  



4. Mengenal bentuk dan warna 
Murid-murid tahap 1 boleh belajar bentuk-bentuk dan warna-warna dengan menonton video ini.



Ciri-ciri Haiwan

1.Ikan
  • habitat - di dalam air
  • jenis darah - berdarah sejuk
  • ciri badan - diselaputi oleh sisik berlendir
  • organ pernafasan - insang
  • cara pembiakan - bertelur (kecuali jerung)

  • contoh: belut, salmon
  
2. Amfibia
  • habitat - di darat dan di dalam air
  • jenis darah - berdarah sejuk
  • ciri badan - diselaputi oleh kulit lembap
  • organ pernafasan - insang (berudu), peparu dan kulit lembap (katak dewasa)
  • cara pembiakan - bertelur, telur tidak mempunyai cangkerang
  • contoh: katak

3. Reptilia
  • habitat - di darat dan di dalam air
  • jenis darah - berdarah sejuk
  • ciri badan - diselaputi oleh sisik kering
  • organ pernafasan - peparu
  • cara pembiakan - bertelur, telur mempunyai cangkerang (kecuali rattle snakes)
  • contoh: ular, buaya

4. Burung
  • habitat - di darat
  • jenis darah - berdarah panas
  • ciri badan - ditumbuhi bulu pelepah, mempunyai paruh, kaki diselaputi sisik kering
  • organ pernafasan - peparu
  • cara pembiakan - bertelur, telur mempunyai cangkerang
  • contoh: merpati, ayam

5. Mamalia 
  • habitat - di darat
  • jenis darah - berdarah panas
  • ciri badan - ditumbuhi bulu halus, mempunyai telinga di luar, mempunyai kelenjar peluh, mempunyai kelenjar susu (untuk menghasilkan susu untuk anak)
  • organ pernafasan - peparu
  • cara pembiakan - melahirkan anak
  • contoh: kucing, arnab, paus


Ini blog pertama saya. Harap kalian dapat memberi tunjuk ajar