twitter
rss


Ciri-ciri Haiwan

1.Ikan
  • habitat - di dalam air
  • jenis darah - berdarah sejuk
  • ciri badan - diselaputi oleh sisik berlendir
  • organ pernafasan - insang
  • cara pembiakan - bertelur (kecuali jerung)

  • contoh: belut, salmon
  
2. Amfibia
  • habitat - di darat dan di dalam air
  • jenis darah - berdarah sejuk
  • ciri badan - diselaputi oleh kulit lembap
  • organ pernafasan - insang (berudu), peparu dan kulit lembap (katak dewasa)
  • cara pembiakan - bertelur, telur tidak mempunyai cangkerang
  • contoh: katak

3. Reptilia
  • habitat - di darat dan di dalam air
  • jenis darah - berdarah sejuk
  • ciri badan - diselaputi oleh sisik kering
  • organ pernafasan - peparu
  • cara pembiakan - bertelur, telur mempunyai cangkerang (kecuali rattle snakes)
  • contoh: ular, buaya

4. Burung
  • habitat - di darat
  • jenis darah - berdarah panas
  • ciri badan - ditumbuhi bulu pelepah, mempunyai paruh, kaki diselaputi sisik kering
  • organ pernafasan - peparu
  • cara pembiakan - bertelur, telur mempunyai cangkerang
  • contoh: merpati, ayam

5. Mamalia 
  • habitat - di darat
  • jenis darah - berdarah panas
  • ciri badan - ditumbuhi bulu halus, mempunyai telinga di luar, mempunyai kelenjar peluh, mempunyai kelenjar susu (untuk menghasilkan susu untuk anak)
  • organ pernafasan - peparu
  • cara pembiakan - melahirkan anak
  • contoh: kucing, arnab, paus


1 comments:

  1. Tahniah...blog yang menarik...banyaknya haiwan....

Post a Comment