twitter
rss




Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

1 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.
A cair
B putih
C pekat
D merah

2 Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.
A ketat
B besar
C singkat
D longgar

3 Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.
A kelat
B enak
C manis
D masam

4 Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.
A tajam
B kasar
C kesat
D tumpul
5 Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.
A jernih
B hitam
C kotor
D bersih

6 Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.
A kecil
B tebal
C besar
D panjang

7 Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.
A sejuk
B damai
C panas
D nyaman

8 Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________.
A baik
B cergas
C nyaman
D indah

9 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun KualaWoh itu.
A Indah
B Muram
C Kelam
D Sayup

10 Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-guru
mereka.
A baik
B malu
C takut
D patuh

11 Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya.
A pilu
B mahu
C cemas
D gembira

12 Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang
________
A tinggi
B besar
C kontot
D panjang

13 Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan
air tawar.
A hapak
B hanyir
C tengik
D hancing

14 Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh
daripada penonton.
A serak
B garau
C merdu
D nyaring
15 Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang
walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
A sombong
B senang
C ramah
D kasar

16 Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi
tanpa berputus asa.
A kegelapan
B kedinginan
C kemalapan
D kepanasan

17 Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
A bengkok
B bengkak
C botak
D lekuk

18 Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari
Raya Aidil Fitri.
A lengang
B senyap
C muram
D suram

19 Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun.
A pedas
B lebam
C pedih
D panas

20 Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk
Kampung Semangat.
A luas
B sempit
C senang
D besar
21 Tapak tangan Pak Abu _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnya
petang tadi.
A menggelupas
B menggerutu
C melecur
D melecet

22 Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga
yang dikupasnya itu.
A geli
B haru
C kelam
D gundah

23 Itik itu mempunyai bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasa
kering walaupun berada lama di dalam air.
A kesat
B telap
C telus
D kalis

24 Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah
lagi hari sudah larut malam .
A terkilan
B runsing
C murung
D sengsara

25 Keadaan menjadi semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu
mengalah .
A pelik
B gawat
C runsing
D rencam

26 Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak
wangi yang ________ itu .
A busuk .tengik
B hanyir. wangi
C hapak . harum
D hancing .mersik
27 Cik Loh sangat ________ mendengar lagu yang dinyanyikan
oleh biduanita itu .
A ghairah
B asyik
C tekun
D leka

28 Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang ________ itu .
A becak
B lembik
C lembap
D bengkok

29 Tiang-tiang elektrik di tebing itu ________ selepas berlakunya gegaran.
A serong
B bengkok
C bongkok
D condong

30 Motosikal yang dipandu laju itu ________ melanggar kereta yang
datang dari arah bertentangan .
A jauh
B cepat
C dekat
D nyaris

31 Micheal Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita tentang kemalangan itu.
A sedih
B hairan
C terkejut
D gembira

32 .Buah duku langsat itu sangat manis sekali dan __________ pula rasanya,. kata Ghani.
A lazat
B busuk
C kelat
D harum
33 Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.
A pantas
B cepat
C deras
D kencang

34 Kerjanya yang __________, dapat menjadikan gubahannya begitu cantik.
A teliti
B lemah
C sopan
D lembut

35 Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam
kerana boleh membahayakan keselamatan orang ramai.
A baru
B antik
C retak
D runtuh

36 Suasana di Kampung Teluk Penadah sungguh __________ dan tenang.
A sibuk
B damai
C serabut
D gembira
37 Kakak tidak suka akan daging kambing baunya yang ___________
A hapak
B tengik
C hamis
D haring

38 Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya.
A tertib
B gopoh
C pantas
D cermat

39 Nur Hayati berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sedarjahnya.
A pilu
B gusar
C geram
D marah

40 Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya.
A kelajuan
B kelalaian
C keberanian
D kesibukan

41 Seluar itu tidak ____________ untuk abang kerana pinggangnya besar.
A masuk
B muat
C muak
D mual
42 Dia berazam untuk______________badannya seperti dua tahun lalu.
A menjadikan
B mengecilkan
C mengecutkan
D menguruskan

43 Kucing hitam itu mencuri ikan yang_____________digoreng oleh kakak.
A baru
B lama
C segar
D layu

44 Ayah sedang mengasah parang yang_______________itu
A tumpul
B tajam
C tebal
D nipis

45 Walaupun umur adik baru empat tahun, tetapi dia____________bercakap.
A laju
B petah
C bising
D pandai

46 Wajah Azril____________apabila disindir oleh rakan-rakannya.
A masam
B masin
C manis
D manja

47 Hujan___________telah mengakibatkan tanah di lereng bukit itu runtuh.
A kuat
B lebat
C hebat
D renyai
48 Kereta itu terbabas kerana dipandu terlalu______________.
A laju
B tajam
C cepat
D lambat

49 Pemerintah negara itu sangat_______________kerana telah menindas rakyatnya.
A baik
B keras
C kejam
D waras

50 Encik Haziq memandu van_____________nya itu dengan berhati-hati.
A kecil
B baharu
C usang
D elok

51 Air kopi itu ________ kerana langsung tidak dimasukkan gula.
A pahit
B masin
C manis
D masam

52 Lalu-lintas di situ kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam
kemalangan itu dialih ke tepi.
A tegang
B gelap
C pulih
D pilu

53 Anak Encik Nazri yang berusia tujuh tahun begitu ________ menggunakan
komputer.
A geliga
B cekap
C petah
D fasih
54 Rasa pisang muda amat ________ kerana masih mengandungi banyak getah.
A kelat
B pahit
C manis
D masam

55 Zurina berasa takut apabila tinggal di dalam bilik yang ________ itu.
A senyap
B sunyi
C diam
D riuh

56 Perut ikan buntal yang _______ itu menarik perhatian saya .
A lebar
B buncit
C sendat
D runcing

57 Pokok kelapa yang __________ itu telah tumbang dipukul ribut petang semalam.
A luas
B tinggi
C rimbun
D panjang

58 Pada hari minggu, Albert Lim menonton televisyen hingga __________ malam.
A hari
B larut
C gelap
D Nampak
59 Keadaan jalan raya di selekoh tersebut sangat __________ selepas hari hujan.
A laju
B rata
C licin
D lekuk

60 Kamus dwibahasa edisi baharu yang __________ itu berharga RM45.00 sahaja.
A nipis
B tebal
C berkilat
D berwarna

61 Abang melarang kami bermain berhampiran dengan tasik yang __________ itu.
A jauh
B cetek
C dalam
D dangkal

62 Orang __________ itu menderma sejumlah wang untuk membina surau di kampungnya.
A kaya
B papa
C cerdik
D peramah

63 Keropok ubi kayu itu menjadi __________ kerana tidak disimpan di dalam bekas
kedap udara.
A kuat
B tajam
C lemau
D garing

64 Perabot yang dijual di kedainya itu dibuat daripada kayu __________ yang
diimport.
A nipis
B tebal
C kesat
D keras
65 .Kamu bukan tidak pandai, cuma __________ membaca buku,. kata Cikgu Siti
Noridah.
A bijak
B malas
C cerdik
D pandai

66 Janganlah __________ bermain, banyak lagi kerja rumah yang perlu kamu
selesaikan.
A asyik
B tekun
C sering
D kurang

67 Karipap yang digoreng menggunakan minyak yang berbau ____________ tidak
sedap untuk dimakan.
A hangit
B tengik
C busuk
D basi

68 Ah Meng terpaksa bercakap dengan nada yang _______ kerana ayahnya
mengalami masalah pendengaran.
A kuat
B kasar
C tinggi
D kesat

69 Akar seruntun memang terkenal dengan rasanya yang __________.
A pahit
B masin
C masam
D manis

70 Asap ________________ meliputi kawasan perumahan itu semasa kebakaran.
A tebal
B nipis
C berkilat
D berwarna
71 Keadaan Pantai Teluk Cempedak yang agak ______ itu membahayakan anakanak
yang bermain di situ.
A pantai
B curam
C dalam
D rendah

72 Nasi yang dimasak oleh nenek terlalu___________.
A mentah
B lembik
C hangit
D tengik

73 Farisha __________ tinggal sendirian kerana ahli keluarganya yang lain pergi
membeli-belah.
A aneh
B boros
C buruk
D bosan

74 Puan Maisarah menyediakan makanan yang ____________ untuk keluarganya.
A elok
B lazat
C hebat
D basi

75 Walaupun harga barang-barang di kedai itu ________ namun pelanggannya
tetap ramai.
A murah
B tinggi
C mahal
D rendah

76 Ibu pulang dari pasar dengan membawa sebuah bakul yang ________ dengan
barang dapur.
A sarat
B sendat
C sumbat
D sandal
77 Biskut coklat yang dibeli oleh emak sungguh enak dan ________ .
A rangup
B lemau
C rapuh
D hangit

78 Nasir kelihatan sungguh ________ setelah terjatuh ke dalam anak sungai.
A kesat
B basah
C comot
D compang

79 Puan Azura merupakan seorang ibu yang ________ menghadapi dugaan hidup .
A kuat
B patuh
C cekal
D berani

80 Hazwani berasa ________ kerana permohonannya untuk melanjutkan pelajaran
ke luar negara ditolak .
A kesian
B hampa
C hancur
D resah


Kata Adjektif

1 D
2 A
3 B
4 D
5 C
6 A
7 A
8 C
9 A
10 D
11 D
12 D
13 B
14 C
15 C
16 B
17 B
18 A
19 C
20 B
21 D
22 A
23 D
24 B
25 B
26 C
27 B
28 A
29 D
30 D
31 A
32 A
33 C
34 A
35 C
36 B
37 C
38 C
39 A
40 B
41 B
42 D
43 A
44 A
45 B
46 A
47 B
48 A
49 C
50 B
51 A
52 C
53 B
54 A
55 B
56 B
57 B
58 B
59 C
60 B
61 C
62 A
63 C
64 D
65 B
66 A
67 B
68 C
69 A
70 A
71 B
72 B
73 D
74 B
75 C
76 A
77 A
78 C
79 C
80 B

0 comments:

Post a Comment