Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup
Tumbuhan dan haiwan adalah benda hidup. Benda hidup
memerlukan makanan dan
minuman.Tanpa makanan dan minuman benda hidup akan mati. Benda hidup bernafas, bergerak
dan membiak. Benda hidup juga melalui proses
tumbesaran.
Benda bukan hidup adalah benda yang tidak pernah
mengalami proses hidup.Benda bukan hidup tidak memerlukan makanan
dan minuman. Benda bukan hidup tidak bernafas,tidak bergerak
dan tidak membiak. Benda bukan hidup juga tidak melalui
proses tumbesaran.
Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif.
Jenis Kata Adjektif
1. Kata adjektif sifatan / keadaan
Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin, garang, buas, condong
2. Kata Adjektif Warna
Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu
3. Kata Adjektif Ukuran
Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil
4. Kata Adjektif Bentuk
Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok
5. Kata Adjektif Jarak
Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris
6. Kata Adjektif Waktu
Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu,
7. Kata Adjektif Perasaan
Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu
8. Kata Adjektif Cara
Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering
9. Kata Adjektif Pancaindera
Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam, nyaring, gemersik
1. Suku Kata Terbuka
ga gi gu ge go ge
dan cuba membaca perkataan-perkataan yang mengandungi suku kata itu.
Murid-murid tahun 1 boleh belajar suka kata terbuka
ba bi bu be bo be
ca ci cu ce co ce
fa fi fu fe fo fega gi gu ge go ge
dan cuba membaca perkataan-perkataan yang mengandungi suku kata itu.
2. Suku Kata Terbuka (sambungan)
dan cuba membaca perkataan-perkataan yang mengandungi suku kata itu.
Murid-murid tahun 1 boleh belajar suka kata terbuka
ha hi hu he ho he
ja ji ju je jo je
la li lu le lo le dan cuba membaca perkataan-perkataan yang mengandungi suku kata itu.
3. Cerita Sang Kancil dan Buaya
Bolehlah kanak-kanak menonton video ini untuk berehat sebentar.
Bolehlah kanak-kanak menonton video ini untuk berehat sebentar.
4. Mengenal bentuk dan warna
Murid-murid tahap 1 boleh belajar bentuk-bentuk dan warna-warna dengan menonton video ini.
Ciri-ciri Haiwan
1.Ikan
- habitat - di dalam air
- jenis darah - berdarah sejuk
- ciri badan - diselaputi oleh sisik berlendir
- organ pernafasan - insang
- cara pembiakan - bertelur (kecuali jerung)
- contoh: belut, salmon
2. Amfibia
- habitat - di darat dan di dalam air
- jenis darah - berdarah sejuk
- ciri badan - diselaputi oleh kulit lembap
- organ pernafasan - insang (berudu), peparu dan kulit lembap (katak dewasa)
- cara pembiakan - bertelur, telur tidak mempunyai cangkerang
- contoh: katak
3. Reptilia
- habitat - di darat dan di dalam air
- jenis darah - berdarah sejuk
- ciri badan - diselaputi oleh sisik kering
- organ pernafasan - peparu
- cara pembiakan - bertelur, telur mempunyai cangkerang (kecuali rattle snakes)
- contoh: ular, buaya
4. Burung
- habitat - di darat
- jenis darah - berdarah panas
- ciri badan - ditumbuhi bulu pelepah, mempunyai paruh, kaki diselaputi sisik kering
- organ pernafasan - peparu
- cara pembiakan - bertelur, telur mempunyai cangkerang
- contoh: merpati, ayam
5. Mamalia
- habitat - di darat
- jenis darah - berdarah panas
- ciri badan - ditumbuhi bulu halus, mempunyai telinga di luar, mempunyai kelenjar peluh, mempunyai kelenjar susu (untuk menghasilkan susu untuk anak)
- organ pernafasan - peparu
- cara pembiakan - melahirkan anak
- contoh: kucing, arnab, paus
Subscribe to:
Posts (Atom)